Refleksi Pembelajaran BBM321
BBM321 REFLEKSI PEMBELAJARAN
Pada minggu pertama, Puan Nazhatulshima berkongsi pengalaman beliau menjadi penterjemah, pelukis, penulis dan banyak lagi. Perkongsian beliau memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba pelbagai benda dan untuk mengasah lagi potensi dan bakat yang ada dalam diri saya.
Pada minggu kedua, beliau memberi tugas kepada kami sekelas untuk mencari terjemahan perkataan 'you' dalam Bahasa Melayu dan pelbagai loghat serta dialek di Malaysia. Secara tidak langsung, saya dapat mempelajari loghat-loghat yang ada di Malaysia. Saya juga mempelajari apa itu bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang,
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.
(hutang PTPTN 😔 )
Pada minggu ketiga, kami melakukan pembentangan bagi terjemahan perkataan 'you' dalam Bahasa Melayu. Kami mempelajari pelbagai ilmu baharu daripada perbentangan yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Selain itu, saya juga mempelajari setiap langkah dan proses yang ada dalam menterjemah agar dapat melakukan terjemahan yang tepat dan berkualiti.
Pada minggu keempat, tiada kelas bersemuka kerana terdapat perayaan Hari Deepavali. Kami diarahkan oleh Puan Nazhatulshima untuk menonton video di laman Ufutere. Daripada video tersebut, saya mempelajari proses-proses menterjemah agar dapat menghasilkan kerja terjemahan yang sempurna.
Comments
Post a Comment